YB Ustaz Muhammad Ismi menerima laporan banjir yang menjejaskan penduduk Kampung Parit 6 dan segera turun menyantuni para mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang Kiri.
Sebanyak 31 buah keluarga ditempatkan di PPS tersebut dan menerima sumbangan Bantuan Rakyat Parlimen Parit yang diserahkan sendiri oleh YB Ustaz Ismi bersama Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit, Haji Abdul Razak Mat Taha dan Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi.
Selain menyerahkan bantuan, YB Ustaz Ismi turut meninjau secara dekat kawasan terjejas termasuk rumah penduduk, laluan utama serta jambatan yang dinaiki air bagi meneliti keperluan bantuan susulan dan tindakan segera pihak berwajib.
Beliau menzahirkan komitmen bahawa kebajikan rakyat Parlimen Parit sentiasa menjadi keutamaan, terutama apabila melibatkan isu keselamatan, tempat tinggal dan kelangsungan hidup masyarakat kampung.



