Tuesday, 13 June 2023

Antara Bantuan Maipk : BANTUAN MODAL : MESIN JAHIT IBU

 Umi Khalsum Binti Mat Rashdi

Kampung Masjid, Ijok 




SELAMA - Puan Umi berusia 34 tahun. Dia mempunyai empat orang anak dan kesemuanya masih bersekolah. Mereka tinggal menyewa dengan bayaran sewa RM150 sebulan. Suaminya melakukan kerja kampung manakala Puan Umi mengambil tempahan baju dan menjahit dari rumah. Kini sudah masuk tahun ke-9 Puan Umi menerima tempahan baju. Hasil jahitannya kemas dan mendapat pujian pelanggannya. Purata pendapatannya sekitar RM350 sebulan.

Mesin jahit yang digunakan merupakan mesin lama yang diwarisi daripada ibunya sendiri. Kini mesin jahitan lurus dan mesin jahit tepi itu sering ‘meragam’ dan ini merupakan punca utama Puan Umi tidak dapat menerima tempahan yang banyak. Dia sentiasa mengehadkan tempahan baju yang diambil kerana bimbang mesin jahitnya tidak dapat berfungsi dengan baik dan tidak dapat menyiapkan tempahan mengikut jadual. Namun dia berhasrat menambah pendapatan keluarga melalui hasil jahitannya sendiri. Akhirnya dia menghubungi MAIPk untuk mendapatkan bantuan modal.

Syukur MAIPk Daerah Selama memberikan maklum balas positif. Melalui siasatan yang dijalankan, dilihat Puan Umi berkebolehan menjahit pelbagai jenis pakaian lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Dia juga mempunyai lesen perniagaan daripada Majlis Daerah Selama. Bantuan modal untuk Puan Umi diluluskan kerana dilihat berpotensi untuk mengembangkan lagi perniagaannya serta boleh pergi lebih jauh. Bantuan tersebut berupa sebuah mesin jahit Okurma Overcut dan mesin jahit Okurma Overlock. Semoga dengan bantuan ini dapat menambahkan pendapatan bulanan mereka melalui bidang jahitan.

Terima kasih muzakki. Dana zakat anda kali ini merupakan modal permulaan bagi Puan Umi menambah pendapatan mereka sekeluarga melalui bidang jahitan. Semoga Puan Umi terus maju jaya. 

Tuesday, 6 June 2023

Geran Agropreneur Muda: Permohonan Dibuka Sepanjang Tahun

 

Geran Agropreneur Muda: Permohonan Dibuka Sepanjang Tahun



Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mewujudkan satu program untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro yang dinamakan Geran Agropreneur Muda.

Geran ini diwujudkan bagi menggalakkan penglibatan kepada golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun sahaja di dalam bidang pertanian.

Melalui program ini, kerajaan mahu menggalakkan golongan muda terlibat dalam sektor keusahawanan agro melalui semua aktiviti dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.


Mengenai Geran Agropreneur Muda

Antara objektif geran ini diwujudkan adalah untuk:

  • Menarik golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  • Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  • Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif.
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan.

Agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang terlibat dalam Program Agropreneur Muda ini ialah Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar,  Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),


Terdapat 5 sektor utama di dalam pelaksanaan geran ini iaitu:

  • Tanaman
  • Perikanan
  • Ternakan
  • Industri Makanan Dan Asas Tani 
  • Agroteknologi

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat bagi melayakkan para pemohon dalam menyertai geran ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 40 tahun.
  3. Pemohon boleh membaca, mengira, dan menulis.

Selain itu, pemohon juga dikenakan syarat tambahan:


  1. Individu yang baru memulakan projek wajib mengikuti kursus/ latihan teknikal yang dianjurkan atau diikitiraf oleh Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian; 
  2. Individu yang telah mempunyai projek sedia ada perlu mendapatkan perakuan dari Jabatan/ Agensi pembimbing bagi dipertimbangkan untuk dikecualikan dari mengikuti kursus/ Latihan teknikal di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
  3. Individu yang baru memulakan projek dan berkelulusan Sijil/ Diploma/ Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian berkaitan projek pertanian yang dipohon boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.
  4. Individu yang berpendapatan bersih kurang dari RM5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan GAM; dan melebihi RM5,000.00 bulan disyor untuk memohon pembiayaan di bawah PAM;
  5. Individu yang mempunyai tanah berstatus pertanian atau premis sedia ada untuk pelaksanaan projek (milikan sendiri, sewaan atau diberi kebenaran oleh pemilik).
  6. Pemohon yang memohon GAM digalakkan berdaftar dengan SSM atau Lesen yang berkaitan untuk projek yang dipohon;dan
  7. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh 3 bulan
  8. Projek sedia ada telah melebihi tempoh setahun beroperasi.
  9. Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran.
  10. Mendapat sokongan teknikal daripada jabatan/agensi pembimbing dan agensi pembiayaan.

Cara untuk Memohon

Pemohon yang layak dialu-alukan membuat permohonan seperti langkah-langkah berikut:

  1. Borang permohonan https://www.mafi.gov.my/documents/20182/485017/Lampiran+2+-+Borang+Permohonan+UAM-min.pdf/e8920b05-d213-46bb-a3b1-cf5670fe9a52
  2. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap https://www.mafi.gov.my/documents/20182/485017/Lampiran+1+-+Panduan+Penyediaan+Rancangan+Perniagaan-min.pdf/8b8743b0-3bfe-4a19-8370-62ee8c78dff2
  3. Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang Permohonan dan disertakan anggaran Sebut Harga yang disahkan oleh jabatan/ agensi pembimbing;
  4. Salinan sijil kursus yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian, bagi projek baharu sahaja.
  5. Projek sedia ada yang berkaitan dengan permohonan Geran tidak perlu menghadiri kursus yang dianjurkan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian.
  6. Salinan Sijil / Diploma / Ijazah yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian.
  7. Permohonan hendaklah diserahkan di pejabat jabatan/agensi daerah di bawah Kementerian atau negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah atau Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang terdekat.

Kelulusan/Penolakan

Kelulusan atau penolakan permohonan bergantung kepada perkara berikut:

  1. Permohonan geran beserta dokumen-dokumen yang telah lengkap dari jabatan/agensi Ibu Pejabat yang dikemukakan kepada pihak Kementerian untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan perlu melalui dua peringkat pertimbangan iaitu Jawatankuasa Teknikal Program Agropreneur Muda dan Jawatankuasa Pembangunan dan Kelulusan Program Agropreneur Muda.
  2. Jawatankuasa Teknikal Program Agropreneur Muda bersidang bagi menyediakan pertimbangan dan syor kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Kelulusan Program Agropreneur Muda.
  3. Jawatankuasa Pembangunan & Kelulusan Program Agropreneur Muda bersidang bagi membuat keputusan kelulusan atau penolakan permohonan bantuan Geran Agropreneur Muda.
  4. Surat Kelulusan beserta senarai spesifikasi kelulusan dan serta Borang Penilaian Sebut harga Pembekalan akan dikemukakan kepada pemohon yang berjaya melalui jabatan/agensi.
  5. Permohonan pembiayaan dibuat pertimbangan untuk kelulusan atau penolakan oleh Agrobank/TEKUN peringkat Ibu Pejabat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  6. Hanya peserta yang lulus pembiayaan sahaja akan dihubungi oleh pihak Agrobank/TEKUN Nasional.

Proses Permohonan

Carta alir permohonan GAM boleh dilihat di bawah:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai geran ini, sila layari laman web https://www.mafi.gov.my/agropreneur-muda

RASMI : Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2023

 

RASMI : Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2023

https://rmr.spnbonline.com.my/

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023. Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB) merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah

Permohonan Rumah Mesra Rakyat


Harga & Reka Bentuk RMR

Harga bagi setiap tempat adalah berbeza namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:

1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

  • Harga: RM75,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300

Permohonan Rumah Mesra Rakyat

2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

  • Harga: RM85,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350

3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)

  • Harga: RM75,000 – RM106,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 – RM470


Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tapak / tanah bersesusaian dan bebas daripada gadian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang dariada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Cara Membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

Secara Online

  • Buka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ @ https://spnb.com.my/
  • Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap
  • Setelah itu, ID Login dan Kata Laluan akan di hantar ke emel yang didaftar
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Manual

Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan RMR:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaa)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

NOTA:

Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Semakan Status Kelulusan Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon RMR bertanggungjawab untuk:

  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu


    daftar online : https://rmr.spnbonline.com.my/

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh menghubungi

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my

SENARAI CAWANGAN

Cawangan Kedah
No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
Telefon: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
Emel: spnb_semeling@spnb.com.my

Cawangan Melaka
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Telefon: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
Emel: spnb_melaka@spnb.com.my

Cawangan Negeri Sembilan
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350
Faks: 06-601 3507

Cawangan Terengganu
No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
Emel: spnb_kualaterangganu@spnb.com.my

Cawangan Perak
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my

Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my

Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my

Cawangan Kelantan
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my

Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my

Cawangan Sabah
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my