Wednesday, 26 July 2023

Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023 Kini Dibuka

 

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT)

SUKACITA DIMAKLUMKAN MENGENAI PERMOHONAN RUMAH PPRT SECARA ATAS TALIAN

Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe11), Teras Kedua untuk Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, Program SPKR telah diteruskan sebagai salah satu touch point yang utama bagi Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan juga mendahulukan kebajikan rakyat.

SPKR adalah salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin serta miskin tegar) dapat untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Komponen SPKR yang meliputi bantuan Rumah PPRT, program latihan kemahiran dan juga program peningkatan pendapatan yang membentuk suatu pakej tambah nilai untuk memperkasa dan juga memberi keupayaan kumpulan sasar untuk membentuk jati diri, menjana pendapatan sendiri selain dapat memiliki kediaman yang selamat dan selesa.

Di sini kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

PENGENALAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (Rumah PPRT)

Untuk makluman anda, Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT telah dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan juga miskin dengan membina atau membaik pulih rumah untuk menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat serta selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Permohonan Rumah PPRT

SYARAT KELAYAKAN

Untuk pengetahuan anda, kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan juga miskin yang telah ditentukan berdasarkan dengan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang berkuat kuasa.

Bagi kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT pula yang layak adalah seperti yang berikut:

  • Telah disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang telah berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih).
  • Telah diperakui dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD)/Negeri (FGN)/jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri.
  • Telah diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang telah terlibat dalam program pembasmian kemiskinan.
  • Telah diperakui oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.

SYARAT BANTUAN BINA BAHARU

Kemudahan bina baharu yang telah berikan kepada penerima yang:

  1. Tidak mempunyai rumah.
  2. Rumah yang telah didiami terlalu uzur dan juga tidak selamat untuk didiami.
  3. Tidak ekonomik untuk dibaiki.
  4. Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh).
  5. Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang telah mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).

SYARAT BANTUAN

  1. Untuk makluman anda, bantuan akan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak yang disebabkan oleh bencana dan juga masih ekonomik untuk dibaiki.
  2. Telah mendapat kebenaran untuk membaik pulih untuk kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.
  3. Selain itu, untuk memenuhi kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan akan diberikan kepada:

    • Yang Bewarganegara Emas.
    • Orang kurang upaya (OKU).
    • Untuk ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai.
    • Mangsa bencana yang berskala kecil.
    • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar.

    Permohonan Rumah PPRT

KAWASAN LIPUTAN RUMAH PPRT

Untuk kawasan liputan PPRT adalah di kawasan luar bandar dan juga kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pihak Kerajaan.

Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori, antaranya ialah:

A. Bina Baharu:

  • Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

B. Baik Pulih:

  • Baik pulih telah melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:
  1. Penyelenggaraan.
  2. Penambahbaikan.
  3. Requisition.
  • Skop bantuan baik pulih hanya telah melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah. (Sila rujuk Lampiran A untuk senarai yang dibenarkan).
  • Bahan binaan yang telah digunakan mestilah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.

Panduan Cara Permohonan Rumah PPRT 2022 Secara Online

Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan , di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :

  • Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI
  • Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama
  • Sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan
  • Selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”

* Muat turun borang : Borang Kebenaran Tanah

Skim Pembangunan 1

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Permohonan Rumah PPRT , anda boleh hubungi pihak berkaitan seperti berikut :

Saturday, 15 July 2023

Bantuan Agensi Kerajaan Untuk Pelajaran IPTA/IPTA

 1. Yayasan Perak : 

2. MAIPK
       http://online.maiamp.gov.my/bantuanmaipk/


Syarat YAYASAN PERAK

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK
   
INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK DALAM NEGARA  
 
Bantuan Insentif Siswa Yayasan Perak ini bertujuan membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja (TAWARAN TERKINI) di Peringkat SIJIL, SIJIL & DIPLOMA VOKASIONAL, DIPLOMA, DIPLOMA LANJUTAN, IJAZAH SARJANA MUDA, IJAZAH SARJANA dan IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD) (Separuh masa dan sama ada bekerja atau tidak) ke IPT yang tersenarai sperti berikut.

( Senarai IPT Dalam Negara yang Layak Memohon )

Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut :-

Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak; atau

Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau

Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau

Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di luar Negeri Perak tetapi pernah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)

Isi rumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan..

Pemberian sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke Yayasan Perak selepas membuat permohonan secara online:

Maklumat Permohonan yang DICETAK selepas membuat permohonan dan mendapat sokongan PENGHULU/ KETUA KAMPUNG DAN perakuan AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN)

Salinan SURAT TAWARAN TERKINI yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).

Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) Pelajar, Ibu dan Bapa yang lahir di Perak/Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan) yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).

Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).

PENYATA PENDAPATAN(isirumah) bapa dan ibu / penjaga / pemohon / pasangan yang disahkan oleh majikan dan sekiranya PESARA sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika BEKERJA SENDIRI sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Ketua Kampung / Penghulu Mukim kawasan masing-masing.

Salinan Surat Kematian atau Surat Bercerai (Jika berkaitan).

INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK LUAR NEGARA

Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA pengajian sahaja


Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) LUAR NEGARA yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).


Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar / Mobiliti Pelajar / Program Berkembar / Latihan Industri di IPT luar negara TIDAK TERMASUK dalam bantuan ini.


Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut :-

Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak; atau

Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau

Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau

Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di luar Negeri Perak tetapi pernah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)


Isi rumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.


Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke Yayasan Perak selepas membuat permohonan secara online:

Maklumat Permohonan yang DICETAK selepas membuat permohonan
Salinan SURAT TAWARAN TERKINI yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).

Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) Pelajar, Ibu dan Bapa yang lahir di Perak/Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan) yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).

Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).

PENYATA PENDAPATAN(isirumah) bapa dan ibu / penjaga / pemohon / pasangan yang disahkan oleh majikan dan sekiranya PESARA sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika BEKERJA SENDIRI sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Ketua Kampung / Penghulu Mukim kawasan masing-masing.

Salinan Surat Kematian atau Surat Bercerai (Jika berkaitan).

Dokumen-dokumen berikut perlu dihantar ke Pejabat Yayasan Perak melalui POS/FAKS/SERAHAN KAUNTER/PUSAT KHIDMAT DUN selewat-lewatnya 1 minggu daripada tarikh permohonan. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK disertakan dokumen yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dihantar tidak dikembalikan.

Pemohon boleh membuat semakan secara talian/ online dalam tempoh SEBULAN dari tarikh penghantaran dokumen dibuat.

Tarikh Permohonan Dibuka : Insentif Siswa Yayasan Perak Dalam & Luar Negara (Sepanjang Tahun)

Tarikh Tutup Permohonan: 3 BULAN DARI TARIKH PENDAFTARAN MASUK IPT.