Tuesday, 24 February 2026

PARIT SEJAHTERA MAKMUR BERSAMA


PELANCARAN

PARIT SEJAHTERA MAKMUR BERSAMA

Program Parit Sejahtera Makmur Bersama telah dilancarkan pada 17 Januari 2026 bertempat di Pondok Pengajian Safinatunnaja, Pendiatan Bota.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh
YB Datuk Ustaz Idris Bin Ahmad
Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Perak.

Program ini menjadi wadah memperkasa agenda dakwah, kebajikan, pendidikan dan pengimarahan Islam di seluruh kawasan Parlimen Parit.


AKTIVITI CADANGAN

Parit Sejahtera Makmur Bersama Tahun 2026

  1. Street Dakwah

  2. Munajat Rakyat Parit (Parit)

  3. Medan Ilmu Mingguan (Dataran Seluang)

  4. Kembara Santuni Marhaen

  5. Malam Kesenian Islam

  6. Ziarah Asatizah Tempatan

  7. Berbuka Puasa Rakyat di Medan Seluang

  8. Pentas Imam Muda

  9. Parit Berselawat

  10. Kursus Sembelihan

  11. Seri Iskandar Berselawat (Dewan/Stadium)

  12. Forum Ehwal Islam (Seri Iskandar)

  13. Bulan Solat Berjemaah

  14. Kempen Jom Solat 2.0

  15. Kursus Pengurusan Jenazah (Anak Muda)

  16. Subuh Seperti Jumaat

  17. Gotong-Royong Bersih Tanah Perkuburan

  18. Malam Cinta Rasul

  19. Pertandingan Khutbah & Azan Remaja

  20. Munajat Seri Iskandar

  21. Jejak Asnaf

  22. Kempen Sekampit Beras (Asnaf)

Monday, 16 February 2026

selamat menyambut tahun baru cina - yb ustaz ismi

KENYATAAN MEDIA

*SELAMAT TAHUN BARU CINA!*

Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat berbangsa Cina di Malaysia, khususnya kepada warga Parlimen Parit, yang akan menyambut perayaan ini esok bersama keluarga dan insan tersayang.

Saya berharap sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta kejayaan dalam kehidupan kepada seluruh masyarakat. Perayaan ini amat bermakna kerana ia menzahirkan nilai kekeluargaan, kesungguhan bekerja, disiplin serta semangat kebersamaan yang menjadi tunjang kepada keharmonian masyarakat.

Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya, Malaysia telah lama menikmati keamanan dan kestabilan hasil daripada sikap saling menghormati serta toleransi antara satu sama lain. Saya percaya keharmonian kaum yang kita kecapi pada hari ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah, sebaliknya perlu terus dipelihara dan diperkukuhkan oleh semua pihak tanpa mengira latar belakang.

Di peringkat Parlimen Parit, saya amat menghargai semangat perpaduan yang telah ditunjukkan oleh masyarakat setempat. Hubungan baik antara kaum serta kerjasama dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan membuktikan bahawa kepelbagaian bukanlah satu kelemahan, malah merupakan kekuatan yang harus diraikan dan dipertahankan.

Sehubungan itu, saya menyeru agar semangat muhibah dan perpaduan ini terus diperkasakan, khususnya dalam mendepani cabaran ekonomi dan sosial semasa. Dengan kerjasama dan persefahaman yang erat, saya yakin kita mampu memastikan pembangunan yang lebih seimbang, inklusif dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat berbangsa Cina, khususnya warga Parlimen Parit. Semoga tahun baharu ini membawa sinar harapan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada kita semua.

*“Gong Xi Fa Cai.”*

*YB USTAZ MUHAMMAD ISMI BIN MAT TAIB*
Ahli Parlimen Parit

16 Februari 2026

yb ustaz ismi santuni Masyarakat tionghua parit

Tuesday, 13 January 2026

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗜𝗣𝗸 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔‼️

 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗜𝗣𝗸 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔‼️



Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk bagi sesi persekolahan tahun 2026 telah dibuka khusus kepada warga Negeri Perak yang memenuhi syarat kelayakan termasuk penerima sedia ada yang pernah menerima Bantuan Persekolahan sebelum ini . Bantuan tersebut adalah berbentuk wang tunai:

- Sekolah rendah RM200

- Sekolah Menengah RM250

 

Permohonan boleh dibuat bermula 12 Januari 2026 sehingga 31 Mac 2026.


Semakan syarat kelayakan dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian pada pautan berikut:


https://bestari.maipk.gov.my


Atau imbas kod QR di iklan yang  telah di paparkan


Semua permohonan hanya boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga sahaja


BORANG FIZIKAL TIDAK LAGI DIGUNAKAN!!


Mohon ibu bapa isikan borang ini secepat mungkin

Sekiranya ada pertanyaan boleh berhubung terus dengan Guru Bantuan Asnaf Pn. Farah Farina bt Azizan di talian +60 16-506 0851