Tuesday, 16 December 2025

๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ: ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ ๐ˆ๐ฌ๐ฆ๐ข ๐“๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง ๐๐š๐๐š๐ง๐  ๐’๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ Yang Terkesan Akibat Banjir

 Sumber FB Ustaz Ismi : https://www.facebook.com/ustazismi/posts/pfbid0L6kFDrNoQamDpFhiisrZt6iNAbrvhbDwmmeu2QxGZQSmrzt7eico1gomutPcztwMl



๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ: ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ ๐ˆ๐ฌ๐ฆ๐ข ๐“๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง ๐๐š๐๐š๐ง๐  ๐’๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ Yang Terkesan Akibat Banjir

Dalam usaha berterusan memastikan kebajikan rakyat terbela, Ahli Parlimen Parit, YB Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib, turun padang menziarahi keluarga-keluarga Orang Asli di Kampung Sungai Perah dan penduduk Kampung Tua yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
Ziarah tersebut melibatkan keluarga yang memerlukan perhatian khusus, terutama dari aspek keperluan asas dan sokongan moral.
Dalam ziarah yang penuh mesra itu, Ustaz Ismi menyampaikan bantuan barangan keperluan harian, sumbangan kewangan, serta kalendar eksklusif PKM 2026 sebagai tanda kehadiran dan keprihatinan pejabat Parlimen Parit terhadap masyarakat setempat.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Pengarah PKM Parlimen Parit, Haji Zawawi Ghazali, bersama Pegawai-Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit, Haji Abdul Razak Mat Taha dan Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi serta Saudara Omar Sharif yang membantu menyantuni keluarga-keluarga terbabit serta menguruskan agihan bantuan.
Penduduk yang ditemui menzahirkan rasa syukur dan terharu atas kehadiran Ustaz Ismi yang tidak sekadar menyampaikan bantuan, malah mengambil masa mendengar sendiri keadaan dan cabaran yang mereka hadapi selepas bencana.
Di beberapa lokasi, beliau turut berinteraksi dengan anak muda, warga emas dan masyarakat setempat, menjadikan suasana ziarah lebih hangat dan penuh ukhuwwah.
Program ziarah ini menegaskan tekad Parlimen Parit untuk terus mendekati rakyat, khususnya golongan yang terkesan dengan bencana alam, serta memastikan tiada keluarga yang tercicir daripada menerima perhatian.
Dengan usaha berterusan ini, diharapkan lebih banyak keluarga dapat dibantu dan kekuatan komuniti dapat diperkukuh dalam menghadapi cabaran mendatang.
"Kukuhkan Ukhuwah Eratkan Persaudaraan"
LIKE | FOLLOW | SHARE

No comments:

Post a Comment