Tuesday, 1 August 2023

SEMAKAN STATUS eKASIH 2023 (Cara Buat Pendaftaran & Check Kelayakan)

 

SEMAKAN STATUS eKASIH 2023 (Cara Buat Pendaftaran & Check Kelayakan)

SEMAKAN STATUS eKASIH

Sudahkan anda memohon eKASIH?

Adakah anda layak memohon Ekasih?

Untuk pengetahuan anda, Sistem eKasih 2022 ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan di Malaysia.

Secara Ringkasnya, bantuan eKasih adalah untuk mereka yang merupakan golongan miskin tegar.

CARA BUAT SEMAKAN STATUS eKASIH 2023

  1. ONLINE
  2. MANUAL
    • Jika anda tidak mempunyai kemudahan internet, anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

PANDUAN PENDAFTARAN

Jika terdapat individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Oleh yang demikian, Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui kaedah berikut

  • Talian telefon
  • Kaedah surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai perkongsian nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

 

SYARAT KELAYAKAN

Bagi memohon bantuan eKasih 2022,anda mestilah mengetahui syarat untuk memohon.

Untuk pengetahuan anda seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 ( bagi bandar) atau RM1,000 ( bagi luar bandar) sebulan.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) merupakanpendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

Pendapatan Garis Kemiskinan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan eKasih 2022, anda boleh layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu juga, anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai yang dikongsikan di atas atau terus menghubungi ibu pejabat Unit Penyelarasan

Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan dan persoalan.

No comments:

Post a Comment