Monday, 4 September 2023

SKIM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN RAKYAT (SPKR)


 




SKIM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN RAKYAT (SPKR)

  1. Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe11), Teras Kedua : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) diteruskan sebagai salah satu touch point utama Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.

 

  1. SPKR merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar  dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

 

  1. Tiga (3) komponen SPKR utama SPKR iaitu :

 

  • Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) iaitu pemberian bantuan baik pulih atau bina baharu rumah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar luar bandar;

 

  • Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) yang menyediakan peluang latihan untuk kerjaya khususnya kumpulan B40 di luar bandar; dan

 

  • Program Peningkatan Pendapatan (PPP) iaitu program pemberian bantuan peralatan serta latihan kepada kumpulan B40 di luar bandar bagi meningkatkan pendapatan semasa dan seterusnya keluar daripada zon kemiskinan.

 

Ketiga-tiga program utama ini membentuk suatu pakej nilai tambah untuk memperkasa dan memberi keupayaan kumpulan sasar (miskin tegar, miskin dan B40 luar bandar) membentuk jati diri,  menjana pendapatan sendiri selain memiliki kediaman yang selamat dan selesa.

https://www.rurallink.gov.my/skim-pembangunan-kesejahteraan-rakyat-spkr/


Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

ii) Baik Pulih

Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:
– Penyelenggaraan
– Penambahbaikan
– Requisition

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah. 

Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk permohonan bina baharu adalah seperti berikut:

  1. Tidak mempunyai rumah
  2. Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami
  3. Tidak ekonomik untuk dibaiki
  4. Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh)
  5. Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

Untuk baik pulih pula, syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  2. Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:

  • Warga emas
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
  • Mangsa bencana yang berskala kecil
  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online/index.php?data=cGVybW9ob25hbjtzZW1ha2FuLnBocDs7Ow==
  1. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  2. Jika layak, lengkapkan permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai rumah PPRT 2023, sila layari laman web

  1. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  2. Jika layak, lengkapkan permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai rumah SPKR 2023, sila layari laman web

No comments:

Post a Comment