https://online.maiamp.gov.my/bantuanam/
Friday, 15 September 2023
Tuesday, 12 September 2023
iTEKAD- GERAN PERCUMA UNTUK USAHAWAN B40 DAN ASNAF PERAK
🔈🔊🔈*iTEKAD- GERAN PERCUMA UNTUK USAHAWAN B40 DAN ASNAF PERAK*
iTEKAD adalah sebuah program di bawah konsep payung kewangan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama pelbagai bank bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah kategori B40 untuk memperkukuh/memperkasakan pengurusan kewangan dan kepintaran perniagaan ke arah menjana pendapatan yang mampan serta berterusan, selari dengan aspirasi Kerajaan untuk mempertingkatkan tahap ekonomi golongan tersebut.
Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Ambank dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) akan melancarkan dua pemberian geran khas dan wang zakat sekitar bulan November 2023 seperti berikut:-
i. Seed Funding –Pemberian geran sehingga maksimum RM2,000 kepada Usahawan Perak pelbagai kaum termasuk usahawan asnaf dalam kelompok usahawan B40.
ii. Capacity Building – Wang zakat yang akan diberikan kepada 25 usahawan asnaf perak yang layak meliputi pemberian sebuah telefon bimbit dan sejumlah wang zakat sehingga maksimum RM2,000
KRITERIA DAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON
1. Warganegara malaysia sahaja ;
2. Perniagaan berdaftar dan beroperasi di negeri Perak ;
3. Usahawan Asnaf (berdaftar dengan MAIPk) - untuk program capacity building ;
4. Usahawan dalam kategori mikro B40 ;
5. Telah mendaftar di dalam Sistem Maklumat Usahawan Perak (Perak SME - Base) ; dan
6. Bersedia mengikuti program bimbingan dan pemantauan oleh STeP dan agensi terlibat
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi pautan Google Form dibawah:
https://forms.gle/bR4GkxsME3mqtyqH9
Pemohonan wajib mengisi Sistem Maklumat Usahawan Perak sebelum mengisi borang permohonan Geran i-Tekad.
Pihak urus setia akan menyemak Sistem Maklumat Usahawan Perak dan permohonan peserta.
Sila isikan Sistem Maklumat Usahawan Perak :
https://step.perak.my/sme/ ;
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus kepada urus setia dan STeP berikut :
- Puan Hazlien 01112503001
- Encik Hafiz 0149040848
Permohonan dibuka bermula 9 September 2023 sehingga 19 September 2023 dan sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 15 Okteober 2023, tuan/puan boleh beranggapan permohonan tuan/puan tidak berjaya.
#i-Tekad
#Malaysiamadani
#BankNegaraMalaysia
#kerajaannegeriperak
#wakeUP
#STeP
#jombantuusahawanperak
#peraksejahtera2030
Monday, 4 September 2023
SKIM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN RAKYAT (SPKR)
- Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe11), Teras Kedua : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) diteruskan sebagai salah satu touch point utama Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.
- SPKR merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
- Tiga (3) komponen SPKR utama SPKR iaitu :
- Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) iaitu pemberian bantuan baik pulih atau bina baharu rumah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar luar bandar;
- Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) yang menyediakan peluang latihan untuk kerjaya khususnya kumpulan B40 di luar bandar; dan
- Program Peningkatan Pendapatan (PPP) iaitu program pemberian bantuan peralatan serta latihan kepada kumpulan B40 di luar bandar bagi meningkatkan pendapatan semasa dan seterusnya keluar daripada zon kemiskinan.
Ketiga-tiga program utama ini membentuk suatu pakej nilai tambah untuk memperkasa dan memberi keupayaan kumpulan sasar (miskin tegar, miskin dan B40 luar bandar) membentuk jati diri, menjana pendapatan sendiri selain memiliki kediaman yang selamat dan selesa.
https://www.rurallink.gov.my/skim-pembangunan-kesejahteraan-rakyat-spkr/
Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
ii) Baik Pulih
Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:
– Penyelenggaraan
– Penambahbaikan
– Requisition
Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah.
Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk permohonan bina baharu adalah seperti berikut:
- Tidak mempunyai rumah
- Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami
- Tidak ekonomik untuk dibaiki
- Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh)
- Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
Untuk baik pulih pula, syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
- Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
- Warga emas
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
- Mangsa bencana yang berskala kecil
- Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online/index.php?data=cGVybW9ob25hbjtzZW1ha2FuLnBocDs7Ow==
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
- Jika layak, lengkapkan permohonan sehingga selesai.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai rumah PPRT 2023, sila layari laman web
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
- Jika layak, lengkapkan permohonan sehingga selesai.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai rumah SPKR 2023, sila layari laman web
Tuesday, 1 August 2023
SEMAKAN STATUS eKASIH 2023 (Cara Buat Pendaftaran & Check Kelayakan)
SEMAKAN STATUS eKASIH 2023 (Cara Buat Pendaftaran & Check Kelayakan)

Sudahkan anda memohon eKASIH?
Adakah anda layak memohon Ekasih?
Untuk pengetahuan anda, Sistem eKasih 2022 ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan di Malaysia.
Secara Ringkasnya, bantuan eKasih adalah untuk mereka yang merupakan golongan miskin tegar.
CARA BUAT SEMAKAN STATUS eKASIH 2023
- ONLINE
- Sebagai maklumat anda, semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan yang dokiongsikan berikut:
- https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
- MANUAL
- Jika anda tidak mempunyai kemudahan internet, anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
PANDUAN PENDAFTARAN
Jika terdapat individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Oleh yang demikian, Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui kaedah berikut
- Talian telefon
- Kaedah surat
- e-mel rasmi
- membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Berikut adalah senarai perkongsian nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
SYARAT KELAYAKAN
Bagi memohon bantuan eKasih 2022,anda mestilah mengetahui syarat untuk memohon.
Untuk pengetahuan anda seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 ( bagi bandar) atau RM1,000 ( bagi luar bandar) sebulan.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) merupakanpendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan eKasih 2022, anda boleh layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.
Selain itu juga, anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai yang dikongsikan di atas atau terus menghubungi ibu pejabat Unit Penyelarasan
Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan dan persoalan.
SKIM KHAIRAT KEMATIAN BANTUAN STR
Sumber Asal : SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) LHDN
SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK)
S: Siapakah yang layak menerima Skim Khairat Kematian (SKK)?
J: SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR
2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan
terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh
1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.
8. S: Siapakah yang layak menerima Skim Khairat Kematian (SKK)?
J: Bagi pelaksanaan STR 2023, kelayakan SKK adalah bergantung kepada ketetapan
seperti berikut:
9. S: Bilakah tarikh kematian untuk melayakkan SKK dan bilakah tarikh tuntutan
SKK boleh dibuat?
J: Pembayaran SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana Cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia seperti ketetapan berikut:
Tarikh Kematian Tarikh Tuntutan
01 Januari 2023 - 31 Disember 2023 Mulai 17 Julai 2023 - 31 Disember 2023
10. S: Berapakah jumlah SKK yang akan diterima?
J: Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris sebanyak
RM1,000 bagi setiap individu yang layak
MAKLUMAT WARIS DAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK)
A. MAKLUMAT WARIS
1. S: Apakah tujuan maklumat waris diisi oleh pemohon STR 2023?
J: Maklumat waris diisi dalam Permohonan STR 2023 bagi memudahkan urusan
tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) / Penunaian STR terhad sekiranya pemohon
/ pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah bagi urusan
berkenaan.
Situasi yang membolehkan waris membuat tuntutan SKK / penunaian bayaran STR
adalah seperti berikut:
i. Waris bagi tuntutan SKK jika Pemohon dan Pasangan telah meninggal dunia;
atau
ii. Waris bagi tuntutan SKK / penunaian bayaran STR terhad bagi situasi pemohon
dan pasangan tidak dapat hadir terhad kepada alasan dinyatakan (Rujuk soalan
11 & 19).
2. S: Siapakah waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan STR 2023?
J: Waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan STR 2023 adalah seperti berikut:
i. Pasangan
ii. Ibu
iii. Bapa
iv. Anak
• Anak Kandung
• Anak Tiri
• Anak Angkat
v. Adik-Beradik
vi. Cucu
3. S: Berapakah had umur untuk melayakkan seseorang menjadi waris?
J: Tiada had umur kelayakan seseorang untuk menjadi waris kepada pemohon STR
2023. Walau bagaimanapun, bagi waris yang berusia 17 tahun ke bawah, dokumen
pengenalan diri dan dokumen pertalian perlu di bawa serta hadir bagi pengesahan
cap jari / tandatangan individu di kaunter BSN.
10. S: Berapakah jumlah SKK yang akan diterima?
J: Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris sebanyak
RM1,000 bagi setiap individu yang layak
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
4 Tarikh dikemas kini: 28/07/2023
11. S: Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh waris semasa tuntutan SKK di BSN?
J: Dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah:
i. Sijil Kematian Pemohon / Pasangan; dan
ii. Kad Pengenalan asal Waris; dan
iii. Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke
Cawangan BSN (Rujuk Soalan 19 (iii))
12. S: Sekiranya status Permohonan STR Tidak Lulus bagi kategori Isi Rumah, tetapi
Pemohon / Pasangan menerima bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2. Adakah
Pemohon / Pasangan layak SKK?
J: Layak SKK sekiranya Pemohon / Pasangan adalah warga emas.
Tidak Layak SKK sekiranya Pemohon / Pasangan berumur 59 tahun dan ke bawah.
13. S: Bapa saya Tidak Lulus Permohonan STR bagi kategori warga emas tiada
pasangan, tetapi telah menerima bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 serta telah
meninggal dunia. Adakah bapa saya layak SKK?
J: Ya. Permohonan berstatus Tidak Lulus Permohonan STR bagi kategori Warga Emas
Tiada Pasangan dan telah menerima bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 adalah layak
SKK.
Tuntutan SKK boleh dibuat oleh waris (Rujuk soalan 2) yang telah didaftar pada
Borang Permohonan STR 2023 dengan hadir ke mana-mana Cawangan BSN
berserta dengan dokumen yang diperlukan (Rujuk soalan 11)
14. S: Permohonan STR berstatus Lulus, walau bagaimanapun Pemohon / Pasangan
telah meninggal dunia di luar negara dan telah mendaftar kematian di Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN). Adakah Pemohon / Pasangan layak SKK?
J: Ya. Sekiranya Permohonan STR berstatus Lulus dan telah mendaftar kematian di
JPN, Pemohon / Pasangan layak SKK.
Tuntutan SKK boleh dibuat oleh waris (Rujuk soalan 5) dengan hadir ke mana-mana
cawangan BSN berserta dengan dokumen yang diperlukan (Rujuk soalan 11)
15. S: Suami saya Lulus Permohonan STR dan telah meninggal dunia. Maklumat
beliau wujud sebagai pasangan di permohonan lain (poligami) yang berstatus
Lulus Permohonan STR. Adakah saya dan isteri-isteri yang lain layak menuntut
SKK suami?
J: Ya. Semua isteri layak untuk menuntut SKK bagi suami yang telah meninggal dunia
dengan status poligami.
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
5 Tarikh dikemas kini: 28/07/2023
16. S: Saya sebagai waris yang berdaftar telah membuat tuntutan SKK bagi pemohon
/ pasangan yang telah meninggal dunia. Adakah saya layak menerima baki
amaun kelulusan STR 2023 yang belum dituntut?
J: Ya, anda sebagai waris yang didaftarkan layak untuk menerima baki amaun
kelulusan STR 2023 yang belum dituntut bagi pemohon / pasangan yang telah
meninggal dunia.
17. S: Sekiranya saya telah membuat tuntutan SKK, bagaimanakah kaedah
pembayaran bagi baki amaun kelulusan STR 2023?
J: Kaedah pembayaran adalah tertakluk kepada penerima bayaran STR 2023 di mana
sekiranya kematian berlaku ke atas pemohon / pasangan dan pembayaran STR 2023
adalah secara kredit ke akaun, maka tuntutan fasa seterusnya oleh waris adalah
secara tunai. Tarikh fasa pembayaran boleh disemak dari semasa ke semasa melalui
Portal Rasmi STR 2023.
C. PENUNAIAN STR
18. S: Bilakah tarikh penunaian Fasa 3 STR?
J: Tarikh penunaian STR oleh Pemohon / Pasangan / waris adalah mulai 26 Jun 2023
di mana-mana Cawangan BSN dan penunaian dibuat mengikut Fasa Pembayaran
STR berdasarkan kelulusan Permohonan STR 2023 (Rujuk Jadual Pembayaran di
FAQ Pembayaran).
19. S: Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh waris semasa penunaian STR di
BSN?
Dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah:
i. Kad Pengenalan baharu (asal atau salinan) pemohon; dan
ii. Kad Pengenalan asal waris; dan
iii. Dokumen tambahan mengikut situasi sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat
hadir untuk penunaian:
a. Sijil kematian Pemohon / Pasangan jika Pemohon / Pasangan berdaftar
meninggal dunia; atau
b. Surat pengesahan hospital jika Pemohon / Pasangan menerima rawatan di
hospital; atau
c. Surat pengesahan yang menunjukkan Pemohon / Pasangan uzur atau tidak
berdaya untuk bergerak; atau
d. Kad Orang Kurang Upaya (OKU) ; atau
e. Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas Pemohon /
Pasangan yang menunjukkan bukti Pemohon / Pasangan berada di luar
negara; atau
f. Surat Pengesahan Penjara / Pusat Serenti (salinan atau asal) jika Pemohon
/ Pasangan berada di penjara atau Pusat Serenti; atau
• Tempoh masa Surat Pengesahan
➢ Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara; atau
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
6 Tarikh dikemas kini: 28/07/2023
➢ Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan
Penjara yang dikeluarkan berkenaan mesti bertarikh tahun semasa
(tahun 2023).
20. S: Bolehkah saya membuat penunaian STR bagi pemohon yang menghilangkan
diri?
J: Waris yang didaftarkan boleh membuat penunaian bayaran STR dengan
mengemukakan:
i. Dokumen yang membuktikan pemohon hilang seperti Laporan Polis, Akuan
Sumpah atau sebarang dokumen yang boleh membuktikan mengenai status
pemohon yang hilang (tarikh dokumen pembuktian pemohon hilang yang diterima
pakai adalah tidak melebihi dari 1 tahun).
21. S: Sebagai waris yang didaftarkan, bolehkah saya membuat penunaian bagi
pemohon yang berstatus Lulus STR yang bekerja / belajar / menetap /
dipenjarakan di luar negara semasa tempoh pembayaran?
J: Tidak. Bagi individu yang bekerja / belajar / menetap / dipenjarakan di luar negara
tidak layak untuk menerima STR 2023.
22. S: Saya telah didaftarkan sebagai waris pada Permohonan STR pasangan saya.
Adakah saya boleh hadir ke BSN bagi tujuan penunaian bayaran STR
pasangan saya sekiranya pasangan saya tidak dapat hadir atas alasan yang
telah ditetapkan?
J: Boleh. Waris yang didaftarkan perlu hadir ke BSN dengan membawa dokumen
sokongan yang berkaitan berserta dokumen sokongan tambahan seperti di Soalan
19 (iii) sebagai pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir untuk
penunaian di BSN.
D. KEMAS KINI WARIS
23. S: Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya maklumat waris (nama / No.
Pengenalan) yang telah didaftarkan salah semasa tuntutan SKK / Penunaian
STR di BSN?
J: Sekiranya terdapat perbezaan nama tetapi Nombor Pengenalan waris yang
didaftarkan adalah betul, penunaian boleh dilakukan di BSN. Akan tetapi sekiranya
Nombor Pengenalan waris yang didaftarkan salah, anda perlu hadir ke LHDNM
beserta Borang Kegagalan Tuntutan Sumbangan Tunai Rahmah / SKK yang
dikeluarkan oleh BSN untuk pengesahan maklumat.
24. S: Saya telah didaftarkan sebagai Waris bagi Permohonan STR ayah saya.
Semasa permohonan, saya telah didaftarkan sebagai Cucu. Adakah saya boleh
membuat tuntutan SKK / Penunaian STR 2023 di BSN kerana hubungan yang
didaftarkan tidak tepat?
J: Sekiranya terdapat perbezaan hubungan di antara pemohon dan waris yang
didaftarkan, penunaian boleh dilakukan di BSN dengan syarat dokumen sokongan
seperti di Soalan 19 dibawa semasa tuntutan dibuat dan hubungan waris adalah
seperti yang telah ditetapkan (rujuk Jawapan bagi Soalan 2).
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
7 Tarikh dikemas kini: 28/07/2023
25. S: Saya telah lulus STR, tetapi waris yang saya daftarkan pada Permohonan STR
2023 telah meninggal dunia. Adakah saya boleh menukar maklumat waris
berkenaan?
J: Ya. Anda boleh menukarkan waris yang baharu dan tindakan yang perlu diambil
adalah seperti berikut:
i. Anda perlu mengisi Borang Kemas Kini Maklumat Waris (BK-02) dan kemukakan
ke LHDNM yang berhampiran; atau
ii. Kemas kini maklumat waris secara dalam talian (MySTR) dan tempoh
pengemaskinian akan dipaparkan di Portal Rasmi STR – klik menu Kemas Kini
Maklumat Asas (sistem hanya dibuka pada tempoh berkenaan sahaja).
Hubungan waris baharu yang dibenarkan adalah terhad kepada Pasangan / Ibu /
Bapa / Anak / Adik-Beradik / Cucu kepada pemohon (Rujuk Soalan 2).
26. S: Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya pemohon / pasangan telah
meninggal dunia dan waris asal yang didaftarkan tidak boleh menuntut SKK
bagi pihak pemohon kerana mempunyai masalah kesihatan / hubungan /
berada di luar negara?
J: Waris asal yang masih hidup perlu memberi keizinan pertukaran kepada waris
baharu. Waris baharu boleh membuat kemas kini maklumat waris dengan
mengemukakan surat keizinan (nama waris, no IC , alasan / sebab pertukaran,
maklumat waris baharu dan tandatangan) pertukaran waris daripada waris asal.
Hubungan waris baharu yang dibenarkan adalah terhad kepada Pasangan / Ibu /
Bapa / Anak / Adik-Beradik / Cucu kepada pemohon (Rujuk Soalan 2).
27. S: Sekiranya pemohon telah meninggal dunia dan tidak mendaftarkan waris,
siapakah waris yang layak didaftarkan sebagai waris?
J: Waris yang layak didaftarkan terhad kepada Pasangan / Anak yang wujud pada
Bahagian B / C Borang Permohonan STR 2023 sahaja.


